Friday, October 7, 2016

Takaful Membantu Dikala Musibah Melanda

Takaful tidak pernah menipu.. Kerana apa? Kerana ianya patuh Shariah, punya jawatankuasa Shariah yang dilantik & pelan serta produk yang dikawal selia serta mendapat persetujuan oleh Bank Negara sebelum ianya boleh dijual.. Ia juga turut dilindungi oleh PIDM.

Apabila sebarang tuntutan dibuat, ia berpandukan kepada report dari pihak hospital & apabila meyakinkan, tiada sebarang kesahihan, keraguan serta penipuan yang timbul, pihak Takaful akan membayar tuntutan & pampasan seperti yang dipersetujui didalam kontrak polisi.

Alhamdulillah, dengan kepercayaan yang diberikan oleh arwah pemegang polisi semasa hidupnya kepada salah seorang consultant di Zurich Takaful Malaysia Berhad, tuntutan pampasan akibat kematian sebanyak RM2,003,311.97 dapat di Hibah kan kepada ahli keluarga arwah. Dengan pampasan yang diterima inilah yang akan membantu dalam menguruskan segala hutang arwah (sekiranya ada), memastikan anak-anak dapat meneruskan persekolahan, menguruskan bil bulanan & menjalani kehidupan seperti biasa.

Memang benar consultant seperti saya mengharapkan sales & mendapat komisen daripada client, diharap semua faham akan fungsi saya untuk menyedarkan masyarakat akan keperluan serta kepentingan Takaful didalam hidup kita seharian..

"Takaful tidak pernah membuat orang jatuh fakir tetapi ramai yang jatuh fakir miskin kerana tidak memiliki Takaful"

No comments:

Post a Comment