Cerita Cerita Takaful yang boleh dijadikan sempadan...
KAWAN SURUH STOP INSURANS, LEPAS ITU TAK NAK BERTANGGUNGJAWAB PULAK.
Sedihnya saya baca whatsapp group Takaful tadi.
Seorang agen ni kongsi cerita, bekas client dia kemalangan, perlukan RM30K untuk rawatan hospital. Bekas customer ini stop insuran kerana kawan suruh stop, kawan dia kata jangan percaya dengan mana-mana insurans. Jadi dia stop. So, agent ini iaitu sahabat saya ini terasa terkilan dan panas hati sebab Medical card sudah tak aktif mana boleh nak guna untuk bayar bill hospital. Sudah 8 bulan stop.
Jadi agent ini cari nombor telefon kawan yang suruh bekas customer dia ini stop insurans. Bila call bagitahu kawan dia yang dia suruh stop insuran ini kemalangan dan perlukan RM30K segera untuk bayar bill hospital. So, agent ni minta kawan bekas customer dia ini bayar bill hospital.
Kawan bekas customer agent ini melenting pula dan terus tak layan dan senyap macam itu sahaja. Tak nak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.
So, siapa yang tipu sekarang ini?
kawan yang tipu atau insurans yang tipu?
Saya nasihatkan pada orang ramai. Jika ada orang minta anda stop insurans pastikan anda buat satu perjanjian hitam putih dengan dia dahulu.
Nyatakan dalam perjanjian tersebut, "Kamu minta aku stop insurans ini, dan aku patuh arahan kamu aku stop. Andai kata selepas aku stop mencarum insurans ini, jika berlaku apa-apa pada aku, kamu akan menanggung segala bill hospital aku sepenuhnya dan jika aku tiada nanti, kamu perlu bagi pada waris aku sejumlah wang pampasan sebanyak RM100K seperti perjanjian aku dengan syarikat insurans. Jika kamu setuju, sign!. Jika tidak setuju aku teruskan insurans aku ini."
Amacam? Ada bran?
credit to :
https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fmaa.syukri%2Fposts%2F1002438023221246&width=500